Wednesday, January 31, 2018

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera.


Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni Selangor cuti. Anak-anak pun sedap la bangun lambat. Selalunya hari sekolah seawal 6.30 pagi dah kena kejut. Hehe..


Okla, sebelum kongsikan macam mana nak mohon ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), marilah kita belajar serba sedikit tentang sejarah program ini ye. Maklumat ini aku cedok dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my

Sejarah PPKI

  • Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
  • Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
  • Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Tujuan PPKI
  • Semua murid berkeperluan khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  • Semua MBK diberi pelaung untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapt dioptimumkan,
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Cara memohon PPKI (mengikut pengalaman sendiri berurusan di PPD)
  1. Pastikan anak telah mempunyai kad OKU. Kad ini hendaklah dimohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. 
  2. Pergi ke Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah mengikut lokasi sekolah yang hendak dipohon. Untuk makluman, tidak semua sekolah menawarkan program ini. Jadi, bolehlah bertanya di PPD nanti. Dokumen yang perlu dibawa:
    • Salinan surat pengesahan doktor & JKM (aku bagi borang permohonan kad OKU)
    • Salinan sijil lahir @ kad pengenalan anak
    • Salinan kad OKU anak
    • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    • Salinan buku akaun BSN (atas nama anak) *Bank Simpanan Nasional sahaja*
**Dokumen yang disenaraikan di atas ini diguna pakai di PPD Hulu Langat. Untuk PPD lain tak pasti tapi secara amnya dokumen inilah yang diperlukan. 

Untuk membuka akaun bank BSN, anak mestilah berumur 7 tahun baru boleh buka akaun atas nama anak. Jadi, aku hantar dokumen yang ada dahulu kepada PPD. Selepas pendaftaran sekolah awal tahun 2018 haritu baru buka akaun Aliff. 

Ok, dah selesai. Tunggu sahaja panggilan daripada PPD untuk ambil surat penempatan persekolahan. Dalam kes Aliff, aku pergi ke PPD bulan September 2017. Hujung bulan Disember 2017 baru dapat surat dan serahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Dalam surat tu ada dinyatakan nama sekolah dan tempoh percubaan adalah selama 3 bulan. Selepas tempoh itu, bergantung kepada penilaian pihak sekolah sama ada anak boleh teruskan persekolahan atau pun tidak. 

Dah nak masuk bulan kedua persekolahan, harap-harap semakin serasi lah Aliff di sekolah. Drama pagi-pagi tu ada bila tak cukup tidur atau mood terganggu. Haa yang pasal mood ni memang kena jaga sangat terutama masa bangun tidur. Kalau moody, alamatnya pergi sekolah naik kereta pakai spender je lah! Haha..sampai sekolah baru kalut nak pakai baju semua 😆

Harapnya perkongsian ini dapat membantu. Semoga urusan kita dan anak-anak dipermudahkan insyaAllah. 

Till we meet again in the next post. Bye..Assalamualaikum.






Sunday, January 21, 2018

How fast time flies

Assalamualaikum and hi

Entah kenapa hari ni terdetik nak buka balik blog yang dah lama ditinggalkan. Kejap ada kejap takde dah macam chipsmore dah. haha..

2018, tahun baru dah berlalu 21 hari dah. Azam aku banyak betul. Dalam kepala ni macam2 benda nak buat. Harap2 berjaya la dilaksanakan nanti insyaAllah..wish me luck! 😆

Sedikit update. Anak masih dua orang. Aliff dah masuk darjah satu. Athirah 5 tahun dah tahun ni. Cepat betul la diorang membesar. Ohh, dalam post yang lepas aku ada share pasal Aliff yang telah didiagnos oleh doktor ada Autism Spectrum Disorder (ASD). So tahun ni Aliff sekolah aliran pendidikan khas. Alhamdulillah, dah masuk minggu keempat sekolah ni semakin okla. Masa minggu pertama dan kedua tu agak struggle. Handle sorang2 sebab husband kerja. Memang mencabar la melayan drama setiap pagi. Akhirnya, Aliff dah boleh faham yang dia kena sekolah pagi dan petang. Alhamdulillah syukur 😊

Adiknya pula senang sangat diuruskan. Alhamdulillah Allah sebaik2 perancang. Sangat memudahkan urusan aku seharian.

Sekarang, inilah kerja aku setiap hari persekolahan. Jadi driver hantar ambil anak sekolah. Penat jugak! Haha..ok, nanti aku share macam mana nak apply kemasukan ke bahagian pendidikan khas ni. Sebab masa awal2 tu aku tak paham juga kat mana nak mula dan apa dokumen yang diperlukan. Yelah, pertama kali kan. Harap dapat membantu la.

Ok, rasanya cukup la intro untuk 2018 ni. Semoga blog ini sentiasa hidup di masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. InsyaAllah..
Till then, bye! Assalamualaikum.

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera. Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni S...