Wednesday, January 31, 2018

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera.


Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni Selangor cuti. Anak-anak pun sedap la bangun lambat. Selalunya hari sekolah seawal 6.30 pagi dah kena kejut. Hehe..


Okla, sebelum kongsikan macam mana nak mohon ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), marilah kita belajar serba sedikit tentang sejarah program ini ye. Maklumat ini aku cedok dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my

Sejarah PPKI

  • Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
  • Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
  • Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Tujuan PPKI
  • Semua murid berkeperluan khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  • Semua MBK diberi pelaung untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapt dioptimumkan,
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Cara memohon PPKI (mengikut pengalaman sendiri berurusan di PPD)
  1. Pastikan anak telah mempunyai kad OKU. Kad ini hendaklah dimohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. 
  2. Pergi ke Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah mengikut lokasi sekolah yang hendak dipohon. Untuk makluman, tidak semua sekolah menawarkan program ini. Jadi, bolehlah bertanya di PPD nanti. Dokumen yang perlu dibawa:
    • Salinan surat pengesahan doktor & JKM (aku bagi borang permohonan kad OKU)
    • Salinan sijil lahir @ kad pengenalan anak
    • Salinan kad OKU anak
    • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    • Salinan buku akaun BSN (atas nama anak) *Bank Simpanan Nasional sahaja*
**Dokumen yang disenaraikan di atas ini diguna pakai di PPD Hulu Langat. Untuk PPD lain tak pasti tapi secara amnya dokumen inilah yang diperlukan. 

Untuk membuka akaun bank BSN, anak mestilah berumur 7 tahun baru boleh buka akaun atas nama anak. Jadi, aku hantar dokumen yang ada dahulu kepada PPD. Selepas pendaftaran sekolah awal tahun 2018 haritu baru buka akaun Aliff. 

Ok, dah selesai. Tunggu sahaja panggilan daripada PPD untuk ambil surat penempatan persekolahan. Dalam kes Aliff, aku pergi ke PPD bulan September 2017. Hujung bulan Disember 2017 baru dapat surat dan serahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Dalam surat tu ada dinyatakan nama sekolah dan tempoh percubaan adalah selama 3 bulan. Selepas tempoh itu, bergantung kepada penilaian pihak sekolah sama ada anak boleh teruskan persekolahan atau pun tidak. 

Dah nak masuk bulan kedua persekolahan, harap-harap semakin serasi lah Aliff di sekolah. Drama pagi-pagi tu ada bila tak cukup tidur atau mood terganggu. Haa yang pasal mood ni memang kena jaga sangat terutama masa bangun tidur. Kalau moody, alamatnya pergi sekolah naik kereta pakai spender je lah! Haha..sampai sekolah baru kalut nak pakai baju semua 😆

Harapnya perkongsian ini dapat membantu. Semoga urusan kita dan anak-anak dipermudahkan insyaAllah. 

Till we meet again in the next post. Bye..Assalamualaikum.






1 comment:

  1. Salam. Nak tanya utk buka akaun bsn anak istimewa ni kita kena bawa dia sekali ke? Dan kalau umurnya nak kena cukup 7 tahun tu ikut tarikh birthday atau ikut tahun? Tqia 😊

    ReplyDelete

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera. Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni S...