Wednesday, January 31, 2018

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera.


Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni Selangor cuti. Anak-anak pun sedap la bangun lambat. Selalunya hari sekolah seawal 6.30 pagi dah kena kejut. Hehe..


Okla, sebelum kongsikan macam mana nak mohon ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), marilah kita belajar serba sedikit tentang sejarah program ini ye. Maklumat ini aku cedok dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my

Sejarah PPKI

  • Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
  • Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
  • Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Tujuan PPKI
  • Semua murid berkeperluan khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  • Semua MBK diberi pelaung untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapt dioptimumkan,
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Cara memohon PPKI (mengikut pengalaman sendiri berurusan di PPD)
  1. Pastikan anak telah mempunyai kad OKU. Kad ini hendaklah dimohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. 
  2. Pergi ke Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah mengikut lokasi sekolah yang hendak dipohon. Untuk makluman, tidak semua sekolah menawarkan program ini. Jadi, bolehlah bertanya di PPD nanti. Dokumen yang perlu dibawa:
    • Salinan surat pengesahan doktor & JKM (aku bagi borang permohonan kad OKU)
    • Salinan sijil lahir @ kad pengenalan anak
    • Salinan kad OKU anak
    • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    • Salinan buku akaun BSN (atas nama anak) *Bank Simpanan Nasional sahaja*
**Dokumen yang disenaraikan di atas ini diguna pakai di PPD Hulu Langat. Untuk PPD lain tak pasti tapi secara amnya dokumen inilah yang diperlukan. 

Untuk membuka akaun bank BSN, anak mestilah berumur 7 tahun baru boleh buka akaun atas nama anak. Jadi, aku hantar dokumen yang ada dahulu kepada PPD. Selepas pendaftaran sekolah awal tahun 2018 haritu baru buka akaun Aliff. 

Ok, dah selesai. Tunggu sahaja panggilan daripada PPD untuk ambil surat penempatan persekolahan. Dalam kes Aliff, aku pergi ke PPD bulan September 2017. Hujung bulan Disember 2017 baru dapat surat dan serahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Dalam surat tu ada dinyatakan nama sekolah dan tempoh percubaan adalah selama 3 bulan. Selepas tempoh itu, bergantung kepada penilaian pihak sekolah sama ada anak boleh teruskan persekolahan atau pun tidak. 

Dah nak masuk bulan kedua persekolahan, harap-harap semakin serasi lah Aliff di sekolah. Drama pagi-pagi tu ada bila tak cukup tidur atau mood terganggu. Haa yang pasal mood ni memang kena jaga sangat terutama masa bangun tidur. Kalau moody, alamatnya pergi sekolah naik kereta pakai spender je lah! Haha..sampai sekolah baru kalut nak pakai baju semua 😆

Harapnya perkongsian ini dapat membantu. Semoga urusan kita dan anak-anak dipermudahkan insyaAllah. 

Till we meet again in the next post. Bye..Assalamualaikum.






Sunday, January 21, 2018

How fast time flies

Assalamualaikum and hi

Entah kenapa hari ni terdetik nak buka balik blog yang dah lama ditinggalkan. Kejap ada kejap takde dah macam chipsmore dah. haha..

2018, tahun baru dah berlalu 21 hari dah. Azam aku banyak betul. Dalam kepala ni macam2 benda nak buat. Harap2 berjaya la dilaksanakan nanti insyaAllah..wish me luck! 😆

Sedikit update. Anak masih dua orang. Aliff dah masuk darjah satu. Athirah 5 tahun dah tahun ni. Cepat betul la diorang membesar. Ohh, dalam post yang lepas aku ada share pasal Aliff yang telah didiagnos oleh doktor ada Autism Spectrum Disorder (ASD). So tahun ni Aliff sekolah aliran pendidikan khas. Alhamdulillah, dah masuk minggu keempat sekolah ni semakin okla. Masa minggu pertama dan kedua tu agak struggle. Handle sorang2 sebab husband kerja. Memang mencabar la melayan drama setiap pagi. Akhirnya, Aliff dah boleh faham yang dia kena sekolah pagi dan petang. Alhamdulillah syukur 😊

Adiknya pula senang sangat diuruskan. Alhamdulillah Allah sebaik2 perancang. Sangat memudahkan urusan aku seharian.

Sekarang, inilah kerja aku setiap hari persekolahan. Jadi driver hantar ambil anak sekolah. Penat jugak! Haha..ok, nanti aku share macam mana nak apply kemasukan ke bahagian pendidikan khas ni. Sebab masa awal2 tu aku tak paham juga kat mana nak mula dan apa dokumen yang diperlukan. Yelah, pertama kali kan. Harap dapat membantu la.

Ok, rasanya cukup la intro untuk 2018 ni. Semoga blog ini sentiasa hidup di masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. InsyaAllah..
Till then, bye! Assalamualaikum.

Saturday, April 25, 2015

First visit to HUKM

Assalamualaikum and hi..

Baru lepas hujan lebat ni. Sejukk..anak-anak pun sedap tido lena je. So, inilah masa yang sesuai untuk share apa yang kami buat masa first visit to HUKM pada 12 Februari 2015.

Disebabkan anak-anak aku ni jenis bangun pagi agak lambat (kalau tak dikejutkan), so aku dan husband decided keluar rumah dalam pukul 10am camtu. Sampai HUKM dekat2 pukul 11am. Kereta boleh tahan banyak. Lepas tanya guard, husband drop kan aku dan anak-anak depan second foyer sementara dia cari parking. Sebab dalam tu ada bahagian yang dinamakan Pusat Perkembangan Kanak-kanak @ Child Development Center (CDC). 

Ok, masuk je terus jumpa CDC kat sebelah kiri. Masuk buat pendaftaran RM20 (masa ni belum ada GST) kasi surat rujukan dari Klinik Kesihatan. Lepas tu ada kena isi borang maklumat dan soal selidik sikit. Tak lama lepas tu ada sorang ni datang approach memperkenalkan dirinya sebagai psychologist. Nampak gaya macam student je..hihi..so dia mulakan sesi interview, tanya perkembangan Aliff, apa yang kita risaukan, apa yang Aliff boleh buat dan tak boleh. Macam2 soalan! Bila dah siap, tunggu lagi. Ingatkan ada jumpa doktor terus. Sekali nurse bagi kad temujanji dan 2 tarikh temujanji yang akan datang. Lepas tu nurse bagi borang untuk kami serahkan pada Unit Terapi Cara Kerja, Unit Terapi Pertuturan dan Klinik Audiologi.

Maka, menapaklah kami dengan anak-anak ke basement level yang menempatkan Unit Terapi Cara Kerja (OT) dan Unit Terapi Pertuturan (ST). Dapat tarikh temujanji yang pertama. Untuk OT pada 23 Februari 2015, manakala ST pula pada 23 September 2015. Kemudian, naik ke tingkat 1 untuk ke Klinik Audiologi untuk dapatkan tarikh Hearing Assesment. Paling awal masa tu dapat  9 Mac 2015. 

Itulah apa yang kami dapat masa first visit ke HUKM. Hari mengutip tarikh temujanji untuk Aliff :)
Next post aku akan share apa jadi masa first OT dan hearing assesment. 

Lepas dah habis lawatan ke HUKM tu, perut pun lapar..maka melenconglah cari makanan. Hahaha..okbai, bab ni takyah cerita.




Thursday, April 23, 2015

Aku Kena Kuat!!!

Assalamualaikum...

Lama menyepi sejak post tahun lepas. Haha..tak agak-agak..dekat setahun tak menjengah kat sini. Sebenarnya malam tadi tak dapat nak tidur lepas laki balik keje. Tengah2 landing atas katil, teringat la kat blog ni. And niat nak share kisah Aliff Mikail, anak sulung aku yang ada ciri-ciri autisme. Yelah, untuk berkongsi pengalaman dengan parents yang baca blog ni (ade ke pon?? haha)

Ceritanya macam ni..Aliff dilahirkan pramatang at 35 weeks berat 1.8kg sahaja. Memang kecil sangat dan perkembangan dia agak lambat berbanding bayi seusianya. Merangkak masa 8 bulan lebih. Jalan sendiri masa umur 1 tahun 2 bulan. Ikutkan taklah lambat sangat. Kira average. Tapi part bercakap tu yang lambaaat. Masa umur 2 tahun still tak bercakap. Orang sekeliling kata "boys..biasa lah lambat sikit compared to girls." So kami pun tunggu...tunggu..dan tunggu..

Sampai lah dia umur 3 tahun masih tak bercakap. Ok, tak bercakap ni maksud aku dia tak boleh nak diajak bersembang la. Dia boleh sebut satu or dua perkataan sahaja every time dia buka mulut. Bila dah macam ni, aku cuba search kat internet apa yang patut. Terjumpa lah tentang AUTISM. Satu perkataan yang sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pun. Bila dah baca tanda-tanda semua, ok..Aliff ada menunjukkan beberapa ciri. 

Contoh: 
1. Suka bersendirian, tak nak campur/main dengan orang lain.
2. Kurang eye contact.
3. Sensitif dengan bunyi2 yang kuat seperti vacum dan blender.
4. Suka buat pergerakan flapping hands terutamanya bila dia excited atau geram pada sesuatu benda.
5. Tak tahu takut atau bahaya. Pernah sekali masa kat kedai mamak, tiba2 dia jalan menonong je keluar kedai. Nasib sempat kejar.

Ada juga ahli keluarga dan kawan yang kasi pandangan..mungkin Aliff ni bla bla bla..Aliff itu bla bla bla..Jadi, demi memuaskan hati dan demi kebaikan anak, aku pergi Klinik Kesihatan minta surat rujukan untuk pergi HUKM. Alhamdulillah Allah permudahkan..
Bermula sat itulah, aku terdetik "Ya Allah..aku kena kuat..kuat sangat2..demi masa depan anak aku ini."

Ok, nanti sambung lagi apa yang dibuat kat HUKM.



Wednesday, July 9, 2014

Loooooooooooooooooong time no see...haha :)

Assalamualaikum..selamat sejahtera..bonjour!

Ya Allah! Dah bersawang blog ni. Lame betul tak mengarang, sampai terlupa akan kewujudan blog ni. Haa boleh camtu? Almaklumlah..sibuk konon2 nya kan..

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah

Akhirnya aku dah buat keputusan yang paling penting dalam hidup aku. ye..aku dah pun berhenti kerja sebagai seorang cikgu sekolah kerajaan. ye..CIKGU ye..setelah berbulan2 pikir macam2, berbaldi2 air mata dikeluarkan, akhirnya penghujung tahun 2012 tu lah aku tamatkan semuanya. Semuanya demi keluarga yang tercinta. Ceewah..feeling loving2 gitu..tapi memang betul, aku buat semua sebab family aku yang semakin berkembang ni. Hihi..details pasal camne cara berhenti kerja tu akan dikongsikan nanti ye. Sekarang ni memang bahagaiaaa sangat menjadi seorang surirumah.

Bila dah lama tak mengarang, tetiba mood datang..haaa semua nak cerita lah kan. Sepanjang 2 tahun tak bukak blog ni, banyak sangat benda berlaku. Akan diceritakan satu persatu nanti. InsyaAllah..bila tiba masanya. Yelah, dari anak sorang, sekarang dah 2 orang. Banyak tempat best yang aku dengan family gi holiday..semualah aku nak share nanti siap gambar semua nak? hehe..

Okla, sekian dulu untuk hari ni. InsyaAllah akan sambung buat karangan nanti ye. Bye!

Saturday, December 29, 2012

Rindu!!

Salam & hi..

Today is 29th dec. Cant wait for tomorrow 30th dec. After 10 years..mimpi indah malam ni. see you tomorrow! :-)

Friday, December 28, 2012

Aku dan Cik Kesum :-)


Salam.

I dont know why, tetiba je terfikir nak share pasal daun kesum. Al-kisahnye ade la kenangan zaman kanak2 ribena aku dengan cik daun kesum ni..

Masa tu sekolah rendah, darjah 5/6 kot. Kan tengah menggedik nak cantik la bagai..konon! Nak dijadikan cerita, kat rumah ade pokok daun kesum yang hidup subur kat batang paip. Ape lagi, hormon tengah meninggi nak try menerai benda baru..dengan bangganye aku pon hamik la beberapa helai daun kesum dan tempekkan di muka. *without knowing what will happen next*

After few minutes, haaaa!! Amekkkaww!! Pijar muka weh..rasa panas, siap letak ais kat muka lagi nak bagi cepat sejuk. Hahahahha...pengajaran? sendiri mau ingat la beb!
Sape nak try dipersilakan :-)  Ok, mari belajar sekarang. 

Apa itu daun kesum?

Ini dia gambar pokok daun kesum. Nama lainnya ialah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint.

Selalunya pokok daun kesum ni orang tanam sendiri kat rumah. Senang kalau nak masak terutamanya masak asam pedas. Sedaapnye! Secara semula jadinya, pokok ni selalu hidup di kawasan yang lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga keliling rumah kampung.

Khasiatnya?
  • Kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus
  • Kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat antimikrob
  • Boleh mengeluarkan angin dari perut dan usus
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan air besar
  • Menyingkirkan cacing dalam perut dan usus
  • Perahan jus daripada daun kesum boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut
*Tidak digalakkan untuk mengmbil terlalu kerap kerana kandungannya yang tinggi dengan asid oksalik boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh*

Jadi sebenarnya, daun kesum ni banyak kegunaanya selain digunakan dalam masakan kita. Tapi beringatlah, sebelum buat apa-apa, rujuk kepada yang pakar dulu untuk mengelakkan kemudaratan..hehe..
SELAMAT MENCUBA!

Permohonan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Asssalamualaikum..salam sejahtera. Pertama sekali, selamat menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu di Malaysia 😊 Hari ni S...